Polis daerah Langkawi sedang mengesan lelaki dalam keadaan mabuk duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial di Pulau Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kejadian itu.